"
Okay Kat Bawah ni Tempat cOmOi nak membebel Ikut sedap rase ja.. Kalau kOraNg raSer tak Pitam tak leloyer leh la membaca erk..tak Pakse tau..
"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 02, 2011

Hakikat Bahagia




Bahagia itu dari dalam diri

Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta dikerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada dijiwa mahkota di singgah sana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang

Kebahagian itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi

Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran


Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!





1 COMMENTS:

  1. setiap manusia kat duni ni semua nakkan bahagia....owh bahagianyer kalau ...... haishhhhhhh~

    ReplyDelete

Kawan saYer Mengikut